PART 4 : PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (UJ LUNDRY YG TAKSUB)


KISAH DAN TELADAN - UJ LAUNDRY YG TAKSUB

Masih ingatkah kita semua tentang keegoan ayat 'kami adalah peminat mesin LG dari dulu, kini dan selamanya' untuk operasi mesin basuh 7kg topload di asrama? Memang tak boleh 'pakai' la ayat dulu, kini dan selamanya tu. Dari segala sudut lak tu.

Setahun dua ni LG ada buat sedikit perubahan pada mesin basuh 7kg topload. Mungkin sebahagian dari idea untuk 'cost saving', diorang buang paparan 'timer' pada mesin dan fungsi ' auto resume' selepas 'blackout' atau 'power supply cut-off'. Ini bermakna, 7kg topload dah jadi 'low end product' utk diorang.

Sebenarnya tak memberi kesan pun untuk 'timer box' jenis lama. Ye la bila 'power lost', timer box akan 'reset' walaupun timer ada lagi dan 'cycle' basuhan belum abis. Mesin basuh dengan fungsi 'auto resume cycle' pun tak membantu kalau 'timer box' takde 'power off memory function'. Sebab tu kami maintain je guna LG, mangambil kira faktor ketahanan dan penjimatan.