PART 4 : PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (VERSI MENGALAH DAN LAGI CERITA TENTANG SOFEA!!)


Nota kepala :- Ramai yang komen page http://ujelectronic.webs.com yang berbahasa London. Baru nak test skill dalam ber’grammar’, tapi ramai yang buat2 tak faham pulak. Takpe, senarai produk berbahasa ibunda, kami guna muka buku https://www.facebook.com/dobilayandiri1 Dekat page tu ada butang bertanda ‘like’. Faham2 la.

Kita dah abis bab mesin2 yang sesuai untuk operasi dobi layan diri di asrama dengan kehebatan mesin ‘split system’ mengatasi mesin2 komersial. Dan kita juga mengendurkan sedikit pendirian dengan  penerimaan mesin2 komersial hanya sekiranya perlu, dengan perubahan cara operasi yang boleh membantu kedua2 pihak, pengusaha dan juga pengguna.

Tetapi, untuk operasi dobi layan diri di kedai dobi, masa untuk mesin2 ‘split system’ mengalah sambil mencari sedikit peluang untuk mencelah kalau ada, semata2 untuk mengurangkan sedikit modal permulaan. Modal yang lebih rendah mampu mengundang penglibatan lebih ramai pengusaha disamping beberapa cadangan lokasi baru yang akan diutarakan untuk operasi dobi layan diri.

OPERASI KEDAI DOBI LAYAN DIRI

Banyak perbezaan antara operasi dobi layan diri di kedai2 dan asrama. Perbezaan2 ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemilihan2 mesin yang sesuai yang mampu menjana keuntungan yang paling optimum untuk pengusaha. Antara faktor2 yang perlu dititikberatkan dalam memilih mesin2 untuk kedai dobi adalah:

Keseragaman, panorama mesin2 canggih yang solid

Gambar hiasan ; Takde la nak sampai secanggih macam ni. Tapi keseragaman memang menampakkan kecanggihan.