PART 3 : PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (VERSI BERDAMAI? & KISAH MENYAYAT HATI)

Bila Mesin Komersial Menjadi Pilihan
 

Bersesuaian dengan nama versi berdamai ni, mesin2 komersial jugak tidak harus kita lupakan. Pihak pengurusan IPT juga menjadi titik penentu dalam pilihan kita dalam memilih mesin2. Dan sebagai pengedar yang lengkap dengan kedua2 operasi dobi ‘split system’ dan dobi komersial, kami seboleh2nya tidak berpihak kepada sesiapa dan menyediakan khidmat nasihat kepada semua pengusaha2 .
 

1. Imej ‘ala2 koporat’ penting semasa menghadiri interview atau membuat pembentangan kertas kerja. Ini berpadanan dengan status mesin komersial yang dibawa dan standard tukang2 interview yang rata2nya berjawatan tinggi dalam pengurusan kolej dan universiti. Imej ‘ala2 koporat’ ni sedikit sebanyak boleh mengaburi mata pihak pengurusan berbanding imej biasa dengan safety shoes yang sebenarnya menunjukkan ‘strong technical background’si pemakainya dalam bidang dobi.





PART 2 : PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (VERSI BERDAMAI?)

3. Pemandangan biasa di lokasi2 mesin basuh di asrama adalah banyaknya mesin2 komersial tersadai tidak berfungsi. Penggunaan mesin2 ‘recon’ jugak memburukkan lagi keadaan dan lebih mudah rosak disebabkan usia ‘veteren’ mesin2 yang digunakan. Pusat2 servis mesin2 komersial hampir kesemuanya berada di sekitar KL dan Selangor. Dan ini menjadi masalah untuk mendapatkan technician bila mesin rosak untuk lokasi mesin di luar KL. Kena ikut jadual technician yang tak berapa ramai, tapi kena jaga seluruh Malaysia. Dan yang paling sengsara, adalah pengguna2 atau pelajar2 yang terpaksa membasuh baju secara manual.

Tiada yang ‘perfect’ kalau barang2 elektrik ni. Bila2 masa boleh rosak, tak kira mesin2 komersial body besi ke, mesin2 home appliance body plastic ke. Cuma bezanya mesin2 home appliance ni kat mana2 boleh repair. Tak perlu tunggu technician2 datang. Kos pembaikian pun murah dan cepat sebab spare part senang nak dapat. Takde la lama sangat student kena tunggu dapat semula mesin.

Perbaiki Kelemahan Sendiri!

Anda jugak perlu menyediakan penyelesaian untuk kelemahan2 mesin home appliance. Kelemahan2 ni memang hampir semua pihak pengurusan IPT dah tau. Sebabnya, kelemahan2 ni dah dijaja oleh pengusaha2 mesin2 komersial untuk menutup kelebihan ‘beraksi’ dengan duit kertas yang ada pada mesin2 home appliance ni.

PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (VERSI BERDAMAI?)

Pilihan sebenar mesin2 dobi layan diri ini bergantung kepada bajet modal permulaan pengusaha. Yang terbaik untuk kedai2 dobi layan diri adalah dari jenis komersial, yang kami akan perincikan nanti. Pun begitu, pihak pengedar termasuk kami tidak menolak penggunaan mesin2 home appliance yang digabungkan dengan timer box terbaik untuk kemudahan pembayaran oleh pengguna.

Mesin yang terbaik untuk asrama pula adalah mesin2 dari jenis home appliance dengan gabungan timer box yang memudahkan pembayaran oleh pengguna. Selain memudahkan pengguna dalam membuat bayaran, harga yang murah dan kos maintenance yang rendah dapat memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan dobi layan diri ini.

Berbeza dengan pilihan mesin kedai dobi yang sepenuhnya ditangan pengusaha, mesin2 dobi di asrama dipengaruhi kehendak pihak pengurusan. Dan sekiranya anda mampu menurut kehendak pengurusan kea rah mesin jenis komersial, teruskan la. Pengedar barangan tidak menolak bisnes tak kira sekecil2 mana jumlahnya.



KONSEP TIMER BOX UNTUK DOBI LAYAN DIRI (VERSI EMOSI)

Secara Am

Semua orang tau yang untuk mesin basuh beroperasi memerlukan tenaga elektrik dari plug 3 pin dan air dari kepala paip dialirkan kepadanya. Tu 'basic concept' untuk mesin basuh. Untuk dryer, hanya tenaga elektrik sahaja yang diperlukan.

Pengaliran air adalah secara automatik setelah mesin basuh beroperasi. Dengan kata lain, anda mengawal kedua2 elektrik dan air dengan hanya mengawal elektrik masuk ke mesin basuh.

Detail Sikit

Teknik pengawalan elektrik masuk secara berbayar ini diaplikasikan di dalam dobi layan diri 'split system'. Button ON/OFF untuk menghidupkan mesin hanya berfungsi setelah pembayaran dibuat dan timer box mula 'counting' tempoh masa aliran elektrik.



COIN TOKEN CHANGER CTC-01


Penyelesaian kepada masalah mendapatkan syiling yang melanda. Tak kira la kolej kediaman universiti ke, kolej ke, asrama sekolah ke, situasinya tetap sama. Nak cari mana syiling nak guna untuk membasuh kalau operasi mesin basuh sedia ada masih lagi berasaskan syiling.

Coin Token Changer CTC-01 ini adalah untuk menukarkan wang kertas RM 1 dan RM 5 kepada syiling 50 sen. Ada beberapa kaedah jenis syiling 50 sen yang boleh digunakan.

a. Syiling 50 sen lama sahaja - pengusaha boleh la maintain coin slot yang lama. Jugak untuk pengusaha mesin2 komersial yang menggunakan syiling lama.

b. Syiling 50 sen baru sahaja - untuk mereka2 yang dah guna coin slot baru yang terima syiling baru dan lama. Kelebihan boleh memuatkan lebih banyak syiling sebab saiz yang lebih kecil.

 c. Campur2 50 sen baru dan lama - jugak untuk yang dah ada coin slot pesen baru. Muatan syiling lebih banyak dari operasi syiling lama sahaja.

Ada 3 saiz CTC-01 ni. Boleh la pilih ikut kesesuaian jumlah mesin dan jugak bajet.

1. CTC-01S : Saiz kotak : 23cm x 20cm x 40 cm
     Muatan syiling : 900 keping 50 sen lama
     Muatan wang kertas : 450 keping

1. CTC-01M : Saiz kotak : 23cm x 20cm x 45 cm
     Muatan syiling : 1200 keping 50 sen lama
     Muatan wang kertas : 600 keping

1. CTC-01L : Saiz kotak : 23cm x 20cm x 50 cm
     Muatan syiling : 1500 keping 50 sen lama
     Muatan wang kertas : 750 keping

Model CTC-01 ni jugak direka untuk membolehkan penukaran wang kertas kepada token. Operasi berasaskan token adalah lebih selamat kepada pengusaha disamping kesesuaian beroperasi dengan jumlah mesin basuh yang lebih banyak sekiranya nilai token bersamaan RM1.