Pilihan sebenar mesin2 dobi layan diri ini bergantung kepada bajet modal permulaan pengusaha. Yang terbaik untuk kedai2 dobi layan diri adalah dari jenis komersial, yang kami akan perincikan nanti. Pun begitu, pihak pengedar termasuk kami tidak menolak penggunaan mesin2 home appliance yang digabungkan dengan timer box terbaik untuk kemudahan pembayaran oleh pengguna. Mesin yang terbaik untuk asrama pula adalah mesin2 dari jenis home appliance dengan gabungan timer box yang memudahkan pembayaran oleh pengguna. Selain memudahkan pengguna dalam membuat bayaran, harga yang murah dan kos maintenance yang rendah dapat memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan dobi layan diri ini. Berbeza dengan pilihan mesin kedai dobi yang sepenuhnya ditangan pengusaha, mesin2 dobi di asrama dipengaruhi kehendak pihak pengurusan. Dan sekiranya anda mampu menurut kehendak pengurusan kea rah mesin jenis komersial, teruskan la. Pengedar barangan tidak menolak bisnes tak kira sekecil2 mana jumlahnya. |
Laman web untuk 1) pengusaha-pengusaha baru dobi layan diri yang memerlukan tunjuk ajar tentang dobi layan diri cara kami 2) Kolej, Universiti dan Sekolah berasrama yang inginkan pengusaha dobi layan diri di premis mereka 3) Pengusaha dobi layan diri sedia ada yang ingin membeli coinbox besar Bluebox yang menggabungkan wang kertas dan syiling.