KONSEP TIMER BOX UNTUK DOBI LAYAN DIRI (VERSI EMOSI)

Secara Am

Semua orang tau yang untuk mesin basuh beroperasi memerlukan tenaga elektrik dari plug 3 pin dan air dari kepala paip dialirkan kepadanya. Tu 'basic concept' untuk mesin basuh. Untuk dryer, hanya tenaga elektrik sahaja yang diperlukan.

Pengaliran air adalah secara automatik setelah mesin basuh beroperasi. Dengan kata lain, anda mengawal kedua2 elektrik dan air dengan hanya mengawal elektrik masuk ke mesin basuh.

Detail Sikit

Teknik pengawalan elektrik masuk secara berbayar ini diaplikasikan di dalam dobi layan diri 'split system'. Button ON/OFF untuk menghidupkan mesin hanya berfungsi setelah pembayaran dibuat dan timer box mula 'counting' tempoh masa aliran elektrik.