COIN TOKEN CHANGER CTC-01


Penyelesaian kepada masalah mendapatkan syiling yang melanda. Tak kira la kolej kediaman universiti ke, kolej ke, asrama sekolah ke, situasinya tetap sama. Nak cari mana syiling nak guna untuk membasuh kalau operasi mesin basuh sedia ada masih lagi berasaskan syiling.

Coin Token Changer CTC-01 ini adalah untuk menukarkan wang kertas RM 1 dan RM 5 kepada syiling 50 sen. Ada beberapa kaedah jenis syiling 50 sen yang boleh digunakan.

a. Syiling 50 sen lama sahaja - pengusaha boleh la maintain coin slot yang lama. Jugak untuk pengusaha mesin2 komersial yang menggunakan syiling lama.

b. Syiling 50 sen baru sahaja - untuk mereka2 yang dah guna coin slot baru yang terima syiling baru dan lama. Kelebihan boleh memuatkan lebih banyak syiling sebab saiz yang lebih kecil.

 c. Campur2 50 sen baru dan lama - jugak untuk yang dah ada coin slot pesen baru. Muatan syiling lebih banyak dari operasi syiling lama sahaja.

Ada 3 saiz CTC-01 ni. Boleh la pilih ikut kesesuaian jumlah mesin dan jugak bajet.

1. CTC-01S : Saiz kotak : 23cm x 20cm x 40 cm
     Muatan syiling : 900 keping 50 sen lama
     Muatan wang kertas : 450 keping

1. CTC-01M : Saiz kotak : 23cm x 20cm x 45 cm
     Muatan syiling : 1200 keping 50 sen lama
     Muatan wang kertas : 600 keping

1. CTC-01L : Saiz kotak : 23cm x 20cm x 50 cm
     Muatan syiling : 1500 keping 50 sen lama
     Muatan wang kertas : 750 keping

Model CTC-01 ni jugak direka untuk membolehkan penukaran wang kertas kepada token. Operasi berasaskan token adalah lebih selamat kepada pengusaha disamping kesesuaian beroperasi dengan jumlah mesin basuh yang lebih banyak sekiranya nilai token bersamaan RM1.